Wednesday, 11 April 2012

Gempa bumi sederhana di Utara Lautan Hindi



KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di utara Lautan Hindi pada 6.52 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa itu terletak 675km ke barat daya Great Nicobar, India, dan 1,192 km ke barat daya Kampar, Perak.
Kejadian itu tidak mengakibatkan ancaman tsunami, kata kenyataan itu.

Asmara di kuburan

IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).
Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.

Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.
Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.

Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.

Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.
Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.
Difahamkan 10 pegawai penguat kuasa Jaip yang menaiki dua van terlibat melakukan rondaan di sekitar taman rekreasi itu sehingga jam 3 pagi semalam.

Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji.

Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.

Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan
tumpuan awam di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.

400 penduduk kampung di Kampar dipindah setelah air sungai melimpah

KAMPAR: Seramai 400 penduduk empat buah kampung di sini dipindahkan pagi ini setelah kediaman mereka dinaiki air sedalam tiga meter berikutan air melimpah dari Sungai Kampar.
Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata Kampung Baru, Kampung Pasir, Kampung Kuala Dipang dan Kampung Malaya itu telah dipindahkan ke Sekolah Menenengah Kebangsaan Kampar.
Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri kampung terbabit sehingga sampai ke bumbung rumah.

Abdul Aziz berkata tiada laporan dibuat mengenai mangsa yang hilang atau mengalami kecederaan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir itu.



Iqram bawa buah hati

NAMPAKNYA selepas hubungan intimnya dengan Fouziah Gous sudah bertukar menjadi sahabat baik, Iqram Dinzly kini mencari cinta baru. Katanya, dia terpaksa terima hakikat yang hubungannya dengan Fouziah lebih serasi sebagai kawan dan bukannya pasangan kekasih. Dalam pada itu, ada juga dengar cerita, sudah ada lelaki lain yang terpahat dalam hati Fouziah. Siapakah dia, nantilah jalankan siasatan ye!
Baru-baru ini terserempak dengan Iqram yang datang ke Istana Budaya menyaksikan teater Gerimis Mengundang bertemankan seorang gadis jelita. Pada pandangan mata, mereka kelihatan sangat sepadan. Apabila dirisik dengan pelakon kacak itu, jelasnya mereka baru saja kenal dan sedang mencari keserasian. Gadis itu masih menuntut di sebuah kolej terkemuka di ibu kota.

sikit pun tak hairan kalau Iqram dah mula sibuk mencari calon isteri kerana usianya dah 30 tahun. Ramai rakan artisnya yang sudahpun mengakhiri zaman bujang mereka termasuk Awal Ashaari dan Scha yang akan menikah pada Mei ini.
Walaupun Iqram sudah tidak sabar nak naik pelamin, dia tetap berhati-hati dalam memilih calon isteri kerana baginya sekali berjabat tangan tok kadi, biarlah hubungan itu berkekalan sampai ke mati. Katanya lagi, jika ada sefahaman dengan gadis yang baru dikenalinya ini, dia akan segera memikirkan untuk masuk meminang dan minta peminat mendoakan kebahagiaannya.