KAMPAR:
Seramai 400 penduduk empat buah kampung di sini dipindahkan pagi ini setelah
kediaman mereka dinaiki air sedalam tiga meter berikutan air melimpah dari
Sungai Kampar.
Ketua Polis
Daerah Kampar, Supt Abdul Aziz Salleh berkata Kampung Baru, Kampung Pasir,
Kampung Kuala Dipang dan Kampung Malaya itu telah dipindahkan ke Sekolah
Menenengah Kebangsaan Kampar.
Hujan lebat
sejak petang semalam menyebabkan air sungai melimpah dan membanjiri kampung
terbabit sehingga sampai ke bumbung rumah.
Abdul Aziz berkata tiada laporan dibuat mengenai mangsa yang hilang atau mengalami kecederaan.
Abdul Aziz berkata tiada laporan dibuat mengenai mangsa yang hilang atau mengalami kecederaan.
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir itu.
No comments:
Post a Comment