Wednesday, 11 April 2012

Masalah mandul boleh dirawat


SAYA dan teman wanita merancang untuk berkahwin. Baru-baru ini, dia membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahui tahap kesuburannya.
Selepas ujian itu, dia didapati mengalami masalah dipanggil barren. Teman wanita saya sangat tertekan kerana tidak mampu memberi zuriat kelak. Saya ada menyelidiki perkara ini di Internet tetapi buntu.
Apakah yang dimaksudkan dengan barren? Adakah sebarang rawatan terbaik untuknya buat masa ini?

IMAN,
Kuala Lumpur.


SAYA juga kurang jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh doktor anda. Istilah ini jarang digunakan dalam dunia perubatan moden termasuk dalam rawatan kesuburan.

Ia nahu bahasa Inggeris yang bermaksud mandul.

Selain itu, dengan kecanggihan teknologi rawatan zaman kini, kes yang dahulunya tidak dapat dibantu kini boleh dirawat sehingga membuahkan kehamilan yang berjaya. Istilah mandul atau infertiliti kini lebih sesuai digantikan dengan subfertiliti (kurang subur), kecuali dalam keadaan tertentu contohnya wanita yang ketiadaan rahim (sama ada daripada lahir akibat gangguan pembentukan sewaktu janin yang dinamakan sindrom agenesis Mullerian), ataupun
wanita yang tidak dapat menghasilkan telur contohnya dalam keadaan menopaus pramatang.

Bagi setiap masalah sama ada mandul, tidak subur atau kurang subur, doktor akan mencari puncanya. Eloklah anda mendapatkan penjelasan daripada doktor anda.


No comments:

Post a Comment