IPOH:
Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut
apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak
(Jaip).
Dalam
kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan
di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di
sini.
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.
Tindakan
sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di
dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.
Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.
Malah, teman
lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke
rumah selepas selesai bekerja.
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.
Difahamkan
10 pegawai penguat kuasa Jaip yang menaiki dua van terlibat melakukan rondaan
di sekitar taman rekreasi itu sehingga jam 3 pagi semalam.
Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian mendapati taman rekreasi itu mula dibanjiri remaja dan belia tempatan sejak jam 10 malam lagi dengan memilih kawasan sunyi dan gelap sebagai tempat melakukan temujanji.
Kebanyakan pasangan remaja ini yang datang dengan menunggang motosikal dilihat sengaja menuju ke kawasan gelap di taman rekreasi bersebelahan jirat untuk bermadu asmara.
Sementara itu Pengarah Jaip, Mohd Yusop Husin berkata, pihaknya memandang serius aktiviti maksiat yang dilakukan remaja Islam di sekitar kawasan
tumpuan awam
di Ipoh dengan kerap melakukan rondaan dan operasi rambang.
No comments:
Post a Comment