BUENOS
AIRES: Seorang bayi ditemui hidup di sebuah rumah mayat, 12 jam selepas
dilaporkan mati oleh doktor di sebuah hospital di Argentina.
Analia
Bouter bersama suaminya mengunjungi rumah mayat untuk melihat bayi tidak cukup
bulan yang dilahirkannya di Hospital Perrando.
Bagaimanapun, mereka terkejut apabila membuka keranda dan melihat bayi itu masih hidup.
“Saya tiba-tiba
mendengar suara dan melihat dia bergerak,” kata wanita itu kepada akhbar
TN.com.
Menurut Analia, bayi itu hampir beku selepas 12 jam berada dalam bilik sejuk rumah mayat itu.
Seorang pekerja hospital yang bergegas membawa bayi itu ke doktor menyifatkan dia seperti membawa sebotol ais.
Sehubungan
itu, pasangan berkenaan menamakan anak mereka itu Luz Milagros yang bermakna
‘keajaiban.’ Menurut Analia, dia ke rumah mayat itu semata-mata untuk
mengucapkan selamat tinggal kepada bayinya, tetapi berakhir dengan
menyelamatkannya.
“Setiap anggota pasukan yang terbabit mempunyai tanggungjawab masing-masing,” kata Setiausaha Rendah Kesihatan wilayah Chaco, Rafael Sabatinelli, kepada wartawan ketika mengumumkan mengenai siasatan terhadap salah laporan berhubung kematian bayi itu.
Dalam pada
itu, Analia berkata, dia merancang menyaman pihak terbabit.
Bayi itu
yang masih menerima rawatan di hospital dilahirkan tiga bulan lebih awal.
No comments:
Post a Comment