NAMPAKNYA
selepas hubungan intimnya dengan Fouziah Gous sudah bertukar menjadi sahabat
baik, Iqram Dinzly kini mencari cinta baru. Katanya, dia terpaksa terima
hakikat yang hubungannya dengan Fouziah lebih serasi sebagai kawan dan bukannya
pasangan kekasih. Dalam pada itu, ada juga dengar cerita, sudah ada lelaki
lain yang terpahat dalam hati Fouziah. Siapakah dia, nantilah jalankan
siasatan ye!
Baru-baru
ini terserempak dengan Iqram yang datang ke Istana Budaya menyaksikan
teater Gerimis Mengundang bertemankan seorang gadis jelita. Pada pandangan mata, mereka kelihatan sangat sepadan. Apabila dirisik dengan pelakon kacak
itu, jelasnya mereka baru saja kenal dan sedang mencari keserasian. Gadis itu masih
menuntut di sebuah kolej terkemuka di ibu kota.
sikit pun tak hairan kalau Iqram dah mula sibuk mencari calon isteri
kerana usianya dah 30 tahun. Ramai rakan artisnya yang sudahpun mengakhiri
zaman bujang mereka termasuk Awal Ashaari dan Scha yang akan menikah pada Mei
ini.
Walaupun
Iqram sudah tidak sabar nak naik pelamin, dia tetap berhati-hati dalam memilih
calon isteri kerana baginya sekali berjabat tangan tok kadi, biarlah hubungan
itu berkekalan sampai ke mati. Katanya lagi, jika ada sefahaman dengan gadis
yang baru dikenalinya ini, dia akan segera memikirkan untuk masuk meminang dan
minta peminat mendoakan kebahagiaannya.
No comments:
Post a Comment