Wednesday 11 April 2012

Iqram bawa buah hati

NAMPAKNYA selepas hubungan intimnya dengan Fouziah Gous sudah bertukar menjadi sahabat baik, Iqram Dinzly kini mencari cinta baru. Katanya, dia terpaksa terima hakikat yang hubungannya dengan Fouziah lebih serasi sebagai kawan dan bukannya pasangan kekasih. Dalam pada itu, ada juga dengar cerita, sudah ada lelaki lain yang terpahat dalam hati Fouziah. Siapakah dia, nantilah jalankan siasatan ye!
Baru-baru ini terserempak dengan Iqram yang datang ke Istana Budaya menyaksikan teater Gerimis Mengundang bertemankan seorang gadis jelita. Pada pandangan mata, mereka kelihatan sangat sepadan. Apabila dirisik dengan pelakon kacak itu, jelasnya mereka baru saja kenal dan sedang mencari keserasian. Gadis itu masih menuntut di sebuah kolej terkemuka di ibu kota.

sikit pun tak hairan kalau Iqram dah mula sibuk mencari calon isteri kerana usianya dah 30 tahun. Ramai rakan artisnya yang sudahpun mengakhiri zaman bujang mereka termasuk Awal Ashaari dan Scha yang akan menikah pada Mei ini.
Walaupun Iqram sudah tidak sabar nak naik pelamin, dia tetap berhati-hati dalam memilih calon isteri kerana baginya sekali berjabat tangan tok kadi, biarlah hubungan itu berkekalan sampai ke mati. Katanya lagi, jika ada sefahaman dengan gadis yang baru dikenalinya ini, dia akan segera memikirkan untuk masuk meminang dan minta peminat mendoakan kebahagiaannya.

No comments:

Post a Comment