Thursday, 22 March 2012

Korban Cinta

aku tahu aku bukan cinta pertama mu..aku juga tahu aku bukan kekasih mu..tapi takdir atas suratan yang telah memecah rahsia hati kini, aku telah bergelar isterimu..aku tahu sejak 3 tahun bahtera cinta yang telah kita bina hatimu tawar terhadapku.. dikau belum boleh menerima kenyataan yang aku telah menjadi isterimu..pernikahan yang telah kita bina atas dasar pilihan keluargamu membuatkan hatimu musnah kerna masih terkenangkan cinta pertama mu..aku menyesal kerana menerima pinangan keluarga mu..tapi, apakan daya ini semua adalah suratan dari Illahi yang telah tertulis dalam diari rahsianya..

Sejak 3 tahun perkahwinan ini, tubuhku tidak pernah kau sentuh malah kau nyatakan padaku bahawa aku jijik bagi pandangan matamu..apa yang harus aku lakukan demi memenangi hatimu? apakah ada kekurangan dalam diriku berbanding dengan kekasih lama mu..segala tanggungjawab sebagai isteri telah ku tunaikan dengan sebaik mungkin..layanan ku terhadapmu umpama layanan seorang dayang terhadap raja nya..Oh Tuhan, inikah dugaan dan cabaran yang harus aku terima kerana aku terlalu mencintaimu walaupun aku bukan pilihan hatimu..perasaan sabar yang telah dianugerahkan kepada ku seakan-akan menjadi kekuatan untuk aku terus melayari bahtera cinta ini.

Cintaku padamu umpama bunga-bunga mekar di tamanan indah dihiasa kasih suci dan abadi yang tersemat di hati..walaupun kau mengangap aku sebagai orang gajimu namun, aku pasrah dengan takdir yang tersurat dan tersirat antara kita..Aku masih ingat ketika aku di pukul dan diterajang tanpa belas kasihan.. namun, aku tetap masih mencintaimu seperti suamiku..aku menyimpan rahsia bahawa aku mengidap barah otak yang telah sekian lama aku tanggung..ingin aku ceritakan penderitaan ku padamu, namun hati kecil ku berbisik, untuk apa aku menceritakan segala nya jika aku bukan lah dianggap sebagai isterimu..aku menyimpan seribu rahsia dan seribu kesakitan yang dialami..

Hanya Tuhan yang tahu betapa aku mencintai mu sepenuh jiwa dan raga ku..ingin skali aku bersama mu bergembira dan bergurau senda seperti insan lain yang bergelar suami isteri..namun, aku memahami bahwa hatimu terlalu sukar untuk menerima ku..apakah lagi pengorbanan yang harus aku lakukan demi menjaga hatimu dan menerima ku sebagai isterimu?

Perlukah aku meminta cerai darimu asalkan kau dapat bersama dengan nya? fikiran ku buntu dan tidak keruan memikirkan saat aku mengidap penyakit yang bakal mengundang malaikat untuk mencabut nyawa ku..

Suatu pagi..aku mengejut mu dari lena tidurmu untuk kau bersiap-siap pergi bertugas di pejabat..ketika itu, tidak semena-mena aku dipukul kerana menganggu ketika mimpi indah nya yang lena di atas katil kayu jati yang mahal itu..aku sebenarnya telah diarahkan oleh suamiku untuk tidur di dalam bilik stor di belakang rumahnya..aku tidak kisah untuk tidur di mana-mana kerna ketika aku kecil dulu aku sudah terbiasa tidur di atas lantai simen berbantal kan lengan kerna aku dari keluarga yang miskin..melihat keadaan stor itu, bersepah dengan barang-barang pertukangan dan sampah-sampah..aku mengemas dengan rapi walaupun masih ada barang-barang yang tidak dapat aku atur dengan rapi kerana terlalu berat untuk aku angkat dengan tulang empat kerat ku...memandang kan aku mengidap barah otak jadi. aku tidak dapat mengemas stor tersebut dengan rapi..apa yang penting asalkan aku tidak terkena hujan ketika ku tidur di situ..

No comments:

Post a Comment