Monday 26 March 2012

Misteri Seorang Lelaki tinggal dengan mayat ibu ditahan


 SATU KISAH YANG MENGERIKAN DAN TAK MASUK DEK AKAL FIKIRAN KITA SEBAGAI MANUSIA...KISAH INI SAYA KONGSIKAN BERSAMA DENGAN PEMBACA SEBAGAI IKTIBAR SUPAYA KITA SENTIASA REDHA DEBGAN APA YANG BERLAKU WALAUPUN KITA KEHILANGAN ORANG TERSAYANG..




ARIZONA: Seorang lelaki ditahan apabila polis menemui mayat ibunya yang sudah reput di rumahnya.

Ketua Pemeriksa Perubatan Pima County Dr Gregory Hess berkata, “Mayat itu ditemui di dalam tab mandi, dan saya percaya mungkin diikat atau dalam satu keadaan (untuk polis) mempercayai kematiannya bukan secara normal.”
Jantina dan identiti mayat itu tidak dapat dipastikan oleh anggota polis yang tiba di tempat kejadian kerana keadaan mayat yang reput teruk.

                                          


Pejabat Pemeriksa Perubatan Pima County kemudian mengenal pasti mayat itu adalah Carmelita Aguilar, 47.

Anak lelaki Aguilar, Christopher, 25 tinggal bersama mayat ibunya dalam jangkamasa yang belum diketahui.

Sarjan Maria Hawke dari Jabatan Polis Tucson dalam satu kenyataan berkata, “Dia tahu ada mayat di dalam apartmen itu, tinggal dan menutup kematian selama beberapa waktu.